http://services.google.com/adsense/breeze/troubleshooting/2059761/ Insan Insaf: MASIHKAH ADA SINAR UNTUK INSAN SEPERTIKU?

Friday, November 6, 2009

MASIHKAH ADA SINAR UNTUK INSAN SEPERTIKU?


Hari demi hari…

Jalan yang aku lalui…

Penuh dengan onak dan duri

Jalan berliku bahkan bersimpang siur

Sehingga aku terkedu di hujung persimpangan.



Aku masih mencari…

Dan pastinya…aku akan terus mencari

Walaupun pencarian ini tiada kesudahan

Walaupun pencarian ini tiada penyelesaian

Kerana akulah…insan seni yang derita

Sengsara sepanjang zaman.



Sebenarnya…

Aku bisa tersenyum

Dengan hanya melihat kebahagiaan orang lain

Aku mampu ketawa

Dengan hanya menghayati sebuah kisah cinta



Dan aku juga bisa riang gembira

Dengan hanya membelek novel kasih sayang

Tetapi realitinya…

Akulah insan yang tidak pernah mengenal…

Apa itu erti cinta…

Apa itu makna sayang.



Aku diibaratkan saprofit

Menumpang di atas kebahagiaan orang lain

Dan aku juga hipokrit

Kerana terpaksa berlakon dan berteater

Di atas pentas dunia.



Insan…manusia…

Masihkah ada sinar untuk makhluk sepertiku

Melangkah dengan lebih jauh

Untuk terus mencari

Erti sebenar sebuah kehidupan.



Tetapi aku masih lagi tidak mengerti…

Adakah lahirku untuk derita…

Adakah diutuskan aku ke dunia…

Untuk dijadikan bahan eksperimen…

Atau mungkin…

Alat uji kaji sesuatu peristiwa.



Terima kasih manusia…

Walaupun lahir aku bukan untuk dunia

Walaupun hadirku bukan untuk bahagia

Tetapi aku sedar…

Setiap penderitaan ada kebahagiaan

Di sebalik kesusahan

Mungkin ada sinar untukku

Insan sekecil kejadian.




Are-deq-2001(MPSM)

No comments:

Post a Comment