http://services.google.com/adsense/breeze/troubleshooting/2059761/ Insan Insaf

Saturday, November 14, 2009

Hadirnya satu KEINSAFAN


Di tika ini

Hatiku mulai terurai kesedaran

Betapa diriku adalah sebiji pasir

Dari segala kehidupan

Tiada padaku suatu kekuatan

Melainkan hanyalah secebis keegoan.


Di tika ini

Hatiku mulai bangun merangkak

Mencari setitis cinta yang suci

Yang lama terpendam pilu

Bagaikan pantai tanpa hembusan bayu

Terlantar di pinggiran sepi


Di tika ini

Kaki mula mengorak langkah

Menjejaki tapak-tapak di lembah suci

Peninggalan insan-insan yang hidup

Dengan ruh cinta

Agar aku juga dikurniakan piala cinta

Akan ku tempuhi sahara yang kontang

Akan ku lepasi kepanasan yang merekah

Kerana kini aku sudah mula meyakini

Di seberang penderitaan nafsu ini

Terpancr wajah kebahagiaan

Kebahagiaan yang hakiki

Cinta yang abadi

Kehidupan yang jauh dari ulitan mimpi


Di tika ini

Aku mula menanggalkan pakaianku yang lusuh

Aku baluti tubuhku dengan benang iman

Alam tersenyum berbunga

Malaikat menadah syukur

Seorang insan selamat dari permainan

Dunia, nafsu dan syaitan.

Wednesday, November 11, 2009

Jalan kembali

Makin jauh hidup ini

Dengan usia di ubun kita

Dengan akal yang payah

Dan mata yang tak lelap.


Dunia tak pernah tenteram

Dihimpit kekuasaan dan perlawanan

Krisis demi krisis

Kebangkitan suara-suara baru

Api-api yang marak membakar.


Dan apa lagi

Kita makin goyah

Penyelewengan-penyelewengan persekitaran

Kenyataan-kenyataan memedih

Keparahan jiwa merajalela.


Makin jauh hidup ini

Hanya satu jalan kembali

Menunduk pada keimanan

Menempat ke asalnya

Ke hakikat kehadiran insan!


Nahmar Jamil-1976



Friday, November 6, 2009

MASIHKAH ADA SINAR UNTUK INSAN SEPERTIKU?


Hari demi hari…

Jalan yang aku lalui…

Penuh dengan onak dan duri

Jalan berliku bahkan bersimpang siur

Sehingga aku terkedu di hujung persimpangan.



Aku masih mencari…

Dan pastinya…aku akan terus mencari

Walaupun pencarian ini tiada kesudahan

Walaupun pencarian ini tiada penyelesaian

Kerana akulah…insan seni yang derita

Sengsara sepanjang zaman.



Sebenarnya…

Aku bisa tersenyum

Dengan hanya melihat kebahagiaan orang lain

Aku mampu ketawa

Dengan hanya menghayati sebuah kisah cinta



Dan aku juga bisa riang gembira

Dengan hanya membelek novel kasih sayang

Tetapi realitinya…

Akulah insan yang tidak pernah mengenal…

Apa itu erti cinta…

Apa itu makna sayang.



Aku diibaratkan saprofit

Menumpang di atas kebahagiaan orang lain

Dan aku juga hipokrit

Kerana terpaksa berlakon dan berteater

Di atas pentas dunia.



Insan…manusia…

Masihkah ada sinar untuk makhluk sepertiku

Melangkah dengan lebih jauh

Untuk terus mencari

Erti sebenar sebuah kehidupan.



Tetapi aku masih lagi tidak mengerti…

Adakah lahirku untuk derita…

Adakah diutuskan aku ke dunia…

Untuk dijadikan bahan eksperimen…

Atau mungkin…

Alat uji kaji sesuatu peristiwa.



Terima kasih manusia…

Walaupun lahir aku bukan untuk dunia

Walaupun hadirku bukan untuk bahagia

Tetapi aku sedar…

Setiap penderitaan ada kebahagiaan

Di sebalik kesusahan

Mungkin ada sinar untukku

Insan sekecil kejadian.




Are-deq-2001(MPSM)

Saturday, October 31, 2009

AKU GENGSTER!!! hahaha

Assalamualaikum w.b.t. & salam sejahtera kepada korang semua. Sebenarnye aku baru je m'ceburi bidang b'blogging ni stlh diperkenalkan oleh seorang shbt. Memandangkan ini adalah post julung kali aku, rasenye teringin jugaklah nk m'perkenalkn sdkt sbyk ttg diriku kat korang sume.

Aku adalah seorg gadis 20-an yg menetap di Pantai Timur. Sblm ni aku agak ganas orgnye & t'libat dgn gejala gengsterism. Aku tak suke kwn dgn pompuan, sbb bg aku pompuan ni lembik...sikit2 nangis..sikit2 nangis..(sorylah ek! skrg aku dh x pk cm tu).

Aku suke b'tumbuk & b'gaduh ngn lelaki. Sepak teranjang org dh jadi resam hdpku. Sehari klu x b'tumbuk mcm x sah je hdp aku ni. aku ade geng. Geng aku ni sumenye LELAKI. Dgn kekuatan geng aku nilah aku pegi m'belasah geng2 lain yg x sekepala dgn geng aku (haha cam kelakar lak citer aku ni). Perangai aku sebijik cam lelaki., suke panjat pokok (bumbung rmh pn aku panjat!), n main mainan yg org leaki suke mcm main bola sepak, main mercun n main tembak2.

Antara kgnsn lain yg aku buat ialah psg jerat!hehe...kat laluan org ramai especially seteru aku, aku n the geng gali lubang smpai kdlmn 1 kaki@lebih n kat dlm tu aku taruk le ape2 cthnye kulit durian, kaca, selut or x taruk ape2 pn. pastu lubang tu aku tutup ngn plastik n tabur sikit dgn pasir sbb tak nak bg org nmpk. Ish3...jahat betul aku ni kn?

Tp tu dulu..skrg ni aku dh b'ubah, dh insaf, x nk buat lg keje sia2 tu. Mcmn aku boleh b'ubah & insaf ekk?? ssh ke nk insaf? korang pn xnk ke secebis rase insaf tu ade dlm sanubari korang??

Ok! nantikan post aku yg selanjutnye yer...